Own Your Trips

Klook.com

Friday 17 June 2016

Spicy Chicken Ramyun: Halal/Haram?

Assalamualaikum w.b.t.,


Bulan-bulan puasa ni makan ramyun (instant noodles) pun rasa macam makan mee goreng basah sesedap rasa. Agaknya sebab tu ramai yang DM dekat Instagram tanya ramyun Korean yang Spicy Chicken tu halal ke tak. Nak berbuka makan ramyun pedas dan sedap ini ye? I explained about it earlier on my ig (was it like 2 months ago?) but I guess it didn't really help so I guess this post will be the last one and will be elaborated for those who seek further info.


Issue 1: Haram sebab kilang buat ramyun proses pork. 


First, kilang untuk proses ramyun yang halal TAK SAMA dengan yang tak halal. Nak percaya atau tidak, pihak yang bertanggungjawab dah pun keluarkan statement.




Boleh cari page "Halal Korea" di fb untuk updates makanan halal Korea

from page HALAL IN KOREA
Kat FB tu ada satu page Halal Korea yang bertanggungjawab tentang isu dan produk halal di Korea. Mohon cari, mohon baca, mohon hadam. Satu lagi page, Halal in Korea. Boleh lah tengok makanan apa lagi boleh makan ye. 
 Jangan dok cari profile Edward Kim lah, Hamba Allah lah, Samyang Halalan Toyiban segala. Diorang tu entah siapa entah pernah duduk Korea ke entah, suka membaca ke entah, entah tahu bahasa Korea mahupun tahu menatang apakah itu ramyun ke entah. Haa kau banyak sangat entah.


Issue 2: Haram sebab ramyun ada pork. 


Now, bahan dalam ramyun TIADA pork. This is the latest issue, one post on FB that my friend shared to me earlier this morning (17th June) saying that the ramyun has got pork inside which is so wrong.




So yeah, this girl can spot (dwaeji gogi = pork) on the list of ingredients behind the packaging. I'm not sure whether she can read Hangeul and understand the meaning or merely reading. But what it says about pork (the one being circled in red) on the package is that the factory deals with other ingredients like buckwheat, ketam etc etc. So this goes back to Issue 1. 


Other mr.-know-it-all post is this:


Kemain menjejaki badaiku viral.

Ini zaman bila punya gambar, tak tahu lah Kak Ton. Previously, Samyang produced only halal ramyun with halal logo on the big packet consisted of 4-5 small packets inside without halal logo. They don't have halal ramyun cup as shown in the picture above at that time. Disclaimer: sekarang dah ada cup ramyun with halal logo.


Besides, Halal Korea already came out with a statement that the original packets in Hangul (Korean characters) without halal logo is used to attract more buyers. Senang cerita, orang yang gila Korea ni nampak tulisan Korea, lagi cepat dia nak membeli. Baru nampak lagi sedap sebab packaging pun original dari Kroea. But, I believe there are now multipackage with smaller packets both with halal logo to avoid misunderstanding or any online shops who take it for granted like these:








Sadly, there are more online sellers on ig claiming what they sell are halal. But read this:



Sampai pihak bertanggungjawab keluarkan notis macam ni. Ingat ye. Yang halal cuma ADA COP HALAL. Jadi kalau boleh elakkan beli ramyun single pack tanpa cop halal sebab tak tau yang itu dari pek dengan cop halal atau tak.



Ada pulak yang memandai cakap cop HACCP is cop halal. Ewah.. Cop tu maksudnya produk selamat dimakan je diknon. Takde kena mengena halal/tak. =.= 


Lala Yuki Silla is a close friend of mine (as well as KimFad's assistant) yang deal dengan pihak Samyang in the first place untuk keluarkan ramyun halal untuk orang Islam di Korea. Dia dapat produk direct dari kilang lepas ambil pre-order yang banyak setiap batch. Ramyun pedas ni takkan jumpa yang halal di Korea sebab yang halal hanya untuk diimport ke luar negara yang lebih banyak demand macam Malaysia dan hanya Cik Silla kita ni je yang ada jual di Korea sana sebab dah dia yang deal dan belajar kat sana. Jadi jangan pulak dok belek cari yang halal dekat convenience store kalau pergi Korea. Memang takkan jumpa. 

Kat Malaysia ni, pergi lah AEON or AEON BIG, boleh jumpa yang halal. In fact, lagi murah dari beli online. I bought all Shin Ramyun, Spicy Chicken Ramyun, Samyang or Yukgaejang from AEON/BIG. Yang tinggal kawasan takde AEON tu, maaf lah tak dapek den nak nolong..


Kalau share ke apa tolong lah siasat betul-betul sebelum share. Google kan ada. Lagi satu, Farah Lee (Please find her on fb. She had been studying in Korea for years) pun dah post pasal benda yang sama. Kalau masih was-was, tak perlu makan, tak perlu dok pandang serong orang yang makan, setel. Pening hakak jawab message korangs. Kekadang bukan tanya pasal ramyun ni je. Segala jenis snacks, makanans, chocolates, minumans semua dm. Mintak maaf bebanyak, bukan tak nak jawab. Tapi.....


Mohon baca tweet ituuuuu..



Sekian sahaja posting kali ni. Semoga bermanfaat. 
Terima kasih. 

Friday 3 June 2016

Life in Korea: First Impression & Adapting Process (Part 1)

Assalamualaikum and hi! ^^

Even though I have set a goal to blog once a week this month, I just can't.. Totally busy with the spring trip (10 days in Seoul) and of course.. assignments, exams, projects etc etc. *excuse excuse* >.<

Since I've been travelling back and forth KL-Seoul, I thought it's time for me to reflect on the journey I had previously- living in Seoul for a year.


As some of you might have known, Korea has a homogeneous society. I wasn't aware of that until I arrived for the first time...

1) Muka se-pattern


Malaysian yang pernah datang Korea maybe akan rasa benda yang sama. Muka orang Korea ni nampak samaaaaa je semua. Tak macam kat Malaysia, ada bermacam rupa, warna dan bentuk haha.

So, mula-mula sampai memang rasa macam pelik gila. Tapi bukan I sorang je pelik tengok orang Korea ni. Orang Korea mestilah lagi pelik tengok I. (Oh. I'm trying to change from pronoun, "aku" to "I" for the sake of adik-adik dan akak-akak yang membaca blog ku ini hehe). Sebab apa tau? Masih ramai orang Korea yang tak pernah nampak orang berhijab. Lagi-lagi kalau balik kampung kat Daejon tu, mesti ramai orang pandang dua kali. Kalau jalan pegang tangan dengan Kim, lagilaaaa lol.

Lepastu ramai akan tanya, "Indonesia?" hahaha. Bila tanya Kim kenapa dorang asyik tanya Indonesia je tak tanya Malaysia pun? Dia jawab, sama lah macam kita tak boleh bezakan orang putih tu dari Amarika ke UK ke Australia ke. Ok apa-apa je la. So, that's my first impression.












2) Bersih

  

Memang tak dinafikan, walaupun tong sampah susah nak jumpa, tempat dorang memang bersih even yang berniaga gerai-gerai kecil tu. Then I found out that their cleaning engineers clean up the street and take the rubbish at midnight or dawn. Masa orang lain sibuk tidur, datanglah lori kutip sampah ni bersihkan jalan, ambil sampah-sampah yang orang kedai dah asingkan semua siap-siap letak tepi jalan.




3) Koreans are efficient

Separation of waste dekat rumah adik ipar. >.<

This is a culture I learn by heart throughout my stay. And of course lah sepanjang kahwin orang Korea ni memang banyak kali kena tarbiyah dengan Kim suruh jadi efisyen sikit. Contohnya macam cara buang sampah kat sana. Punyalah payah! Kotak, botol, plastik kena masuk recycle. Sisa buangan makanan plastik khas. Tisu, kertas yang dah tak boleh recycle masuk sampah waste biasa. Know what am sayengh? Pening kan?

Rasanya first 2 months duduk sana memang berkelahi dengan Kim pasal cara buang sampah je. Kalau kat Malaysia kita ada 3 kategori recycle je kan? Tapi kalau kat Korea, memang tak sama. Kalau tisu dah guna dengan a4 paper kita pakai buang dekat bahagian kertas pun boleh kan kalau kat Malaysia ni? Tapi kat Korea tak boleh. Kotak biskut katakan, Kim akan buka kotak tu, flat kan dia untuk buang tempat recycle. Kalau minum susu pisang tu kan penutup dia macam foil aluminium kan? Yang tu asingkan ke waste, bekas plastik susu je masuk ke recycle. Sama macam makan maggie cup kari tu, penutup atas plastik sampah biasa, bekas maggie tu cuci-cuci sikit baru buang kat plastik recycle. Haaa fenin fenin...

Tanyalah Kim, kenapa lah nak susah-susah macam ni? Kertas, plastik, botol kaca kalau buat style Malaysia tu je kan mudah. Dia kata eh taaaak. Lebih efisyen macam ni. Dah asing semua nak recycle apa semua lagi mudah kerja orang lain. Yes, itu fahaman dia, kalau kita sama-sama memudahkan orang lain, the whole system will be efficient. Bukan "kalau-kita-tak-buang-merata-orang-kerja-angkat-sampah-takde-kerja" mindset. Even kalau pergi cinema kan, Kim and some other people taking out their own garbage buang kat luar. Geddit?


4) The must-be-a-beauty culture

Our skincare. kkkk

Ok. So you know plastic surgeries are very common among Koreans but NOT ALL of them did that. Ada yang kata surgery kat Korea murah sebab tu ramai orang dari luar negara datang buat kat sana tapi hakikatnya, untuk orang Korea macam Kim, cost tu masih mahal.

Yang penting sekali, diorang sangat menitikberatkan penampilan. Bila pakai cantik-cantik, bagi diorang kemas. Jangan terkejut bila datang Korea even atuk-atuk pakai suit siap kot dengan topi yang Bruno Mars biasa pakai tu bagai sebab dah memang culture diorang. Neat is the all-time fashion.

Masa mula-mula sampai I memang jenis tak pakai makeup, so keluar pergi mana-mana barefaced je (skincare pakai lah sampai sunblock). Tapi lama-lama memang rasa oblige to put on some make up kalau tak rasa tak confident tengok dorang semua cantik-cantik and kemas je. Kim siap cakap nanti tak makeup takde siapa nak kawan haha. At last, pandai belajar pakai makeup lepas balik Korea. Tapi of course lah sikit-sikit je. Takdelah makeup macam orang Korea dah macam kuih lapis segala. Kihkih.

Pernah Kim pakai suit untuk satu conference yang dia pergi kat Singapore. Habis balik rumah lecturer dia hantar, I sampai lambat sikit. Sesampai je tengok dia mencangkung kat depan pagar. Padahal tepi pagar tu ada je tembok boleh duduk. Sebabnya? Tembok berhabuk nanti kotor baju dah tak kemas. Hmmmm dah balik dah pun boleh je cuci nanti. 

Lagi satu cerita. Masa di Korea, kitorang ni duduk macam villa like small apartment gitu. Dekat area situ adalah CU (convenience store) about 2 minutes walking distance je from ours. Tiap kali kalau Kim nak keluar beli something, dia akan pakai bingkai spectacles besar gedabak (you know Koreans and their big spectacles berpisah tiada jua) yang takde cermin tu. Padahal keluar tak lama pun. Baru nampak well-presented kata dia. Adoiiiii... Macam-macam hal. Tapi itulah definisi cantik. Sampai kesudah mesti kena "cantik".


5) Makan

Dah pandai makan seafood and veggies ^^

Ok. Kalau cerita bab makan ni boleh emo. Sebab I kalau kat Malaysia hari-hari mesti makan ayam. Memang jenis tak makan seafood lah daging lah, NAK AYAM. Sebulan pertama di Korea tak dapat makan ayam sebab masa tu takde duit, dua2 study, scholarship, part-time job semua belum buat lagi. Daging ayam halal pulak sangatlah mahal, so makanan hari-hari yang mana ada je. At last, on one Friday prayer in Itaewon, Kim kata jomlah kita makan nasi beriyani ayam sebab isteri dia dah asyik telan air liur tengok & bau ayam sepanjang laluan balik dari masjid. So kitorang pun berhenti dekat salah satu restoran halal order lah satu ayam beriyani (10,000won) share berdua. Masa ni 10,000won tu sangatlah berharga okay. Sebab kalau makan kat Korean restaurant boleh kenyang makan 2 dishes. 


Bila ingat balik memang rasa bersyukur sangat we went through those hardships together, just the two of us. Tak cerita dekat family masing-masing. Tak mintak duit family masing. Just us. Lama-lama alhamdulillah, I learnt how to eat and survive dekat negara orang, apa yang boleh makan, apa yang tak boleh. Ikut guidelines and fiqh-fiqh Islam yang kawan-kawan yang dah lama duduk Korea bagi tunjuk ajar. Mudah je Islam rupanya. :')
And yeayyy I can know enjoy all sorts of foods, not being too choosy, not anymore. 

I guess that's all for now. Will update more about life in Korea if more people wanna know about it. :D