Own Your Trips

Klook.com

Monday 29 February 2016

Five (5) FAQs

Salam & hi. ^_^v

Can’t believe it’s the last day of February. I promised myself to update at least once a week but look what is happening again. *sigh* Mana pergi resolutions 2016 mu itu puih.

Disebabkan nak jugak update blog, kali ni Fad nak buat entry pasal frequently asked questions (FAQ) on my personal ig, @snfad_diela. Dalam BM lah pulak kali ni ek. Hee


1.       Macam mana kenal dengan Kim?

Ok. Yang ni Fad dah tulis sebelum ni kat sini dan sampai sekarang posts paling popular kat blog ni XD. Tapi masih ada yang bertanya kat ig sebab tak tau kewujudan blog picisan ini. >.< So boleh baca lah kat link sini ok. Selain tu, ada blog2 lain macam Ohbulan yang cerita pasal Fad dan Kim and ramai jugak orang baca dari situ sebelum datang ke blog Fad ni. Tapi ada pembetulan di situ, kami bukan kenal 3 bulan je ye. Kami kenal dalam setengah tahun sebagai kawan then 3 bulan lepas Kim minta izin ibu ayah baru kitorang kahwin. So jangan *nyanyi lagu Nurul Ajai keliru*

2.       Mertua macam mana? Mak mertua garang macam dalam drama tak?

Alhamdulillah dorang okay je. Walaupun dorang tak berapa faham pasal Islam tapi dorang tak menentang apa-apa. Fad jarang balik rumah mertua sebab masa di Korea duduk dengan Kim di Seoul and mertua Fad dekat Daejon (3 jam dari Seoul). Tapi setiap kali balik dorang layan Fad baik je siap bagi duit poket hiks.

3.       Bila nak ada baby?

Haa ni soalan paling popular. Kemain lagi eh. Kalau tak tanya dekat ig pun, ramai lagi Kak Jemah yang bertanya bila jumpa. Hahaha. Ok ni kasi jawapan jujur dari pucuk naluri kewanitaan ini. Kitorang tak bersedia lagi. Insyaallah ada rezeki, sampai masa, adalah ye. Untuk masa sekarang kitorang masih dalam fasa bercintan cintun, seronok berdua lagi and masing2 tengah study. Doa-doakan kitorang dapat anak kembar sepasang/perempuan terus nanti ek. LOL

4.       Best ke kahwin orang Korea?

*ROTF* Kalau tau orang2 yang intercultural marriage yang kahwin dengan lelaki Korean ni, dorang ada satu stereotype phrase/warning which is “Korean man is a good boyfriend but a bad husband”. Ala2 drama Kpop yang korang tengok tu kemain cheesy mintak sepak kengkadang masa couple tapi orang kata kalau buat laki hampeh. Sebenarnya tak pun. Bagi kami yang berkahwin ni memang lah ada cubaan sikit dari segi perbezaan budaya tapi at the end of the day kitorang cuma manusia yang sama2 ada hati dan perasaan macam orang Melayu, Cina, India mahupun Bangladesh. Kalau ramai yang kata orang Korea ni sweet, Kim pulak dia punya English takde lah bagus sangat atau fluent so untuk berjiwang-jiwangan dengan perkataan memang takde sangat lah. Tapi kebiasaanya dalam Korean relationship, skinship tu memang benda wajib dan penting untuk mengeratkan silaturrahim gitu. Sometimes when Kim being a Korean, dia kiss pipi lah ke apa in public memang buat orang double take and stare lah LOL

5.       Kafad belajar mana?


Sekolah tadika kemas – SK Batu Belah, Klang – SK KGV, Seremban – SMK Rantau Panjang, Klang – SMK KGV, Seremban – Foundation in TESL, UiTM Shah Alam – Degree in TESL, UTM Skudai (until now). Dah macam nak tulis resume pulak rasa. Sebab ayah orang nogori, ibu plak jowo, so masa sekolah tu selalu pindah2 ke Klang/Seremban. Masa degree kat UTM, Fad diberi peluang oleh UTM International untuk buat summer school program kat USA (2 months) and then exchange program kat Seoul (one year). Yang ni mungkin cerita entri lain ek?

Oklah. Cukup dulu sampai sini. Dah masuk March dah pun. Masa mula menaip tadi tengah February lagi cisss -.- Insyaallah kalau Fad rajin nanti update FAQs Part 2 pulak (tu pun kalau ada yang nak baca lah post takde gambo cenggini haa.
Semoga bulan ni lagi baik dari bulan sebelumnya. Take care! :D